Tuesday, 8 May 2012

Pantang larang kaum Melayu..

Orang-orang lama banyak pantang larang. Sekadar berkongsi tetapi jangan bercaya sangat yea...(3 dulu yea)

1. Anak dara dilarang berdandan malam dan melihat wajah pada cermin kerana
dikhuatiri wajah yang selalu dibelek pada malam hari, tiada seri dipandang orang. jauh dilihat manis, didekati tidak secantik mana. Larangan ini ada rasionalnya kerana anak dara tidak ada alasan/sebab untuk berhias malam. Kan dah nak tido...


2. Anak dara dilarang tidur di tiang seri rumah atau muka pintu.
Kononnya hal ini menyebabkan penyakit berat akan menimpa. Ada pula beranggapan pinangan orang tergendala.

3. Kepala ikan dilarang makan terutamanya bagi kanak-kanak kerana dikhuatiri sukar mengingat pelajaran atau lambat khatam Al-Quran.

No comments:

Post a Comment